Monday, June 22, 2009

A Complete Striker?

Sebut pasal striker je kite tebayang mamat poyo tendang bola masuk gol..
Setiap team ada striker.. (kecuali team everton pada penghujung liga aritu) paling minima pon 4 orang.. 2 main, satu sub, satu reserve. 2 striker utama dan satu yang sub tu adalah pemain2 utama dalam team tu la.. Ada jugak team yang ada lebih dari 3 striker utama.. contohnye Man Utd. Season lepas dorang ade Rooney, Ronaldo, Tevez dan Berbatov, dan kadang2 Oshea pon hungga naik main striker gak.. (aku malas nk kutuk man utd arini)..

Antara striker2 yang power skang ni, ikut pandangan aku la (x ikut urutan) ialah Torres, Zlatan, D. Villa, Ronaldo, Messi, Eto'o Rooney, Robinho, Adebayor, Benzema, Drogba, Anelka, Henry, Mario Gomez dan ada lagi 2-3 org yg aku tak tepikir skang.

Penggempur Lengkap?


musang dalam kotak

Siapa yang terbaik tu susah nk cakap, kadang2 bukan bergantung pada gol yang diskor, mungkin pada assistnya juga. So, dalam mencari seorang complete stiker, apakah kriteria2 yang termaktub sebagai piawaiannya?

Setakat pengetahuan amatur aku (melalui pemerhatian), berikut adalah beberapa kriteria yang harus di ambil kira. 

1. Sentuhan Maut atau Death Touch - yg ni boleh diukur dengan jumlah jaringan gol tempek atau gol first touch. Kalau striker yg jenis Kaki B'unuh, mmg byk skor gol.. walopon dgn betis je. Panggilan lain di sini ialah Mat Tempek. Skill yg diperlukan disini ialah Shooting dan Finishing.

2. Tenang atau Compose, bererti tak gabra bila berdepan dengan peluang buat jaringan - yang ni boleh diukur dengan jumlah jaringan berdasarkan peluang yang terhidang.. biasanya diukur dengan yang paling kurang SHOT OFF TARGET. Kekuatan mental amat penting disini.

3. Musang di dalam kotak atau fox in the box iaitu pakar porak perandakan benteng bertahanan lawan. Tak semestinya skor.. dia buat kacau, skill larian, gelecek, turning, dan sebagainya untuk bukak peluang bagi rakan striker atau midfil buat jaringan. Biasanya diukur dengan jumlah assist dan team goal. Skill di sini ialah flair, kreativiti, kelajuan dan pecutan.

4. Target Man atau marks man, iaitu striker yang boleh hold bola, recieve bola tinggi, check back dan lay off bola untuk rakan lain. Skill yg diperlukan kat sini, hold ball, sheilding, awareness dan perlukan fizikal yg sesuai (tinggi dan kuat). Boleh diukur dengan jumlah gol dari set piece atau direct and long-ball style of play.

5. Solo Performer atau sendiri bikin. Dia bawak bola dari tengah, pecut, gelecek, rembat kuat giler, gol!. Memang hebat la kalo yg mmg power tu.. tapi kalo main ngn kawan2, biasanya org tak suke.. kene chop kaki bolot.. tambah2 lagi bolot tapi tak gol. Biasanya diukur dengan jumlah individual goal. Skill yang diperlukan disini, hampir semua yg disebut di atas.. larian, pecutan, flair, shooting, composure dan kene ada sifat ego, yakin diri serta pentingkan diri.

Itu aje yg aku tau.. kalau ada lagi ciri2 lain yg korang tepikir, sila komen.
Korang cube padankan striker2 yg ada dgn kriteria2 tu.. Kriteria yg ke 3 tu ada pada messi.. kalau no 4 tu ada pada drogba n adebayor.. rasanya la...

RUMUSAN


gambar hiasan - safee sali

Oleh yg demikian.. mana2 striker yg anda rasa complete, samada torres atau villa, eto'o atau drogba, rooney atau nistelrooy, messi atau adebayor, Indraputra atau Safee Sali, hendaklah memenuhi semua 5 kriteria di atas. Siapa pun yg anda pilih, tak kesah la.. yg aku tau, aku pilih Torres kot?

4 comments:

AZREEZA said...

hehehe....ejaan yang salah kat title dah dibetolkan ehh...

btw, haku dah nampak dah ejaan yg salah tu tapi disebabkan topik pasal bola maka haku diam je la...kang kalau haku tego Skop kata betol lak....manatau kot2 dia nak kaber ke pe...hahakk...

Sir Copper Jr said...

err.. manada.. ade ke?
hehe
bagus2.. ingat pesan org tua2..
mende pelik JANGAN TEGUR.. hehe

SwapNAVY said...

aku rasa messi leh memperkotakatikkan benteng lawan dengan senang 2 mcm makan maggie..slrpppppppppppppp hak3..

Sir Copper Jr said...

oi swap! bile nk memperkotak katikkan regu lawan sambil pegang reket tgn kiri nih?